Bilik terlampau sejuk tak baik untuk otak

September 25th, 2008

Ya. Menurut kajian saya sendiri. Setelah 8 jam berada di dalam bilik yang tidak mempunyai tingkap dan mempunyai lubang air-con yang besar di syiling, maka secara automatik bilik saya menjadi seperti peti ais di gudang menyimpan burger Ramly. Maka termaktublah juga diri saya menjadi “tikus putih” atau “tikus eksperimen” terhadap tahap daya tahan seseorang manusia yang mempunyai lemak berlebihan di perut (di perut sahaja) kepada kesejukan.

Berikut adalah hasil kajian mengikut pecahan jam daripada 8 jam:

8.30 a.m - 10.30 a.m: 2 jam proses pembekuan otak

Kesejukan menaiki motor diwaktu pagi disambut dengan kesejukan bilik ofis yang mampu membuatkan otak menjadi beku dan mental menjadi “mental block”. Kepada mereka yang banyak kerja tak siap dan nak bagi alasan, boleh kemukakan hasil kajian ini untuk meloloskan diri daripada bebelan bos anda.

10.30 a.m - 1.00 p.m: 2 jam setengah proses “mental disorder”

Setelah berlaku “mental block”, pesakit kesejukan terlampau bilik ofis akan mengalami kesasauan atau “mental disorder” sementara yang menyebabkan beliau tidur sebentar kemudian bangkit dan menggangu kerja orang lain (awas bagi gadis-gadis, konfem akan dingorat sampai tahap tarian cerita Hindustan). Setelah kepenatan membuat kacau si pesakit tadi akan bermain game Pro Evolution Soccer (PES) 2008 dan akan marah-marah jika kalah kepada Artificial Intelligence (AI) game tersebut walaupun dengan setting “total loser Beginner”. Tetapi kebaikan yang terdapat pada pesakit sejuk bilik ofis ini ialah beliau akan mengajak bos untuk bermain game PES 2008 bersama-sama dan akan melakukan desakan agresif  jika bos tidak mahu walaupun penolakan bos dilakukan dengan teknik menempeleng si pesakit tersebut.

1.00 p.m - 2.00 p.m: Tempoh bertenang pesakit

Waktu berehat. Keluar ofis. Badan suam-suam panas. Sindrom “mental disorder” bilik sejuk berkurangan dan juga boleh hilang dengan tiba-tiba.

2.00 p.m - 4.00 p.m: Penyakit sejuk bilik ofis menyerang tiba-tiba

Waktu bahaya untuk pesakit. Otak yang telah panas pada waktu rehat tiba-tiba menjadi beku setelah memasuki bilik. AWAS! Pesakit akan tidor dengan mengganas (berdengkur).

4.00 p.m - 5.30 p.m: Proses membaik pulih penyakit

Pesakit akan berasa teruja untuk balik. Terus senyum dan pulih. Main PES 2008 sorang-sorang pun tak apa. Balik umah…yaahooo.

Undergoing some reform

September 16th, 2008

Wow. It has been since July since I posted my last entry. Too many work lately and being very seldom online. Fortunately I still not jumping to become serious blogger.

So, I think I need to make some reformation on my blog. Not just discussing techies but anything that I want to blog. And that will make it more easy for me to post quickly without thinking what should I post.

Ahh…first thing first…I want to find a good and fresh looking template. Or a very basic / professional themes will suite me, I think. Off to find new templates.